Blogger Layouts

Thursday, May 30, 2013

The End .

Assalammualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Buah durian buah nangka,
Sudah lama kita tak jumpa,
Buah berangan buah pala,
Harap-harap masih kekal setia.

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut senang hati,
Gendang gendut tali kecapi,
Warkah kali ini lebih dari hati.

Hai *lambai tangan , lama rasanya tak update. Terlalu lama sebenarnya.! Almaklum busy study dan jarang sekali onblog. Ok kita teruskan dengan topik kali ini "The End" . Rasanya inilah kali pertama dan terakhir yang akan aku cerita pasal dia. Namanya Muhammad Haziq bin Isnin. Dia adalah seorang lelaki sederhana .Tapi sangat manis dan tampan dimata hatiku. Dia adalah insan bertuah yang berjaya buat aku yang tak pernah percaya lelaki ini cair, ye secair ais.

    Perkenalan pada 11/03/09 dan masih aku ingat hari rabu hari itu. Sejak itu kita mula mengenali satu sama lain. Pada 18/03/09 dia melamarku untuk menjadi kekasih hatinnya. Aku mengaku pada waktu itu aku hanya sayang dia . Belum timbul soal cinta lagi. Berjanji akan kekal setia, bersama susah senang. Dan aku juga  mencuba jadi seorang gf yang baik.

    Pada tahun kedua ,dia membuat keputusan untuk tinggal dekat dengan aku. Aku ingat dia nak dekat dengan aku, tapi sangkaan ku meleset sebab dia banyak abaikan aku. Dia dengan dunia dia. Sungguh aku terkilan. Keadaan ini membuatkan aku terkapai-kapai dan mengenali orang lain. Insan ini terlalu baik dan tanpa berfikir panjang aku menerima dirinya. Ye ini memang salah aku . Selepas kejadian itu aku sedar yang aku tak mampu tanpa dia. Aku cintakan dia !

    Dan selepas empat tahun , kitaorang mula sedar yang kitaorang tak sehaluan . Dia dan aku mula rasa kemanisan hubungan kitaorang sudah tiada, kosong seperti botol kosong! Terlalu banyak pertengkaran berlaku . Boleh dikira setiap kali contact kitaorang akan bergaduh. Gaduh seperti bersama musuh. Teruk itu bukan ? Dia mengambil keputusan untuk putuskan hubungan kami, dan aku terima hakikat ini seikhlas hati . Aku cuba redha dengan perpisahan ini. Aku harap ada insan yang layak dan jauh lebih baik dari aku untuk dia. Terlalu banyak sebenarnya kenangan kitaorang bersama . Dari tahun 2009-2012 beraya bersama. Dan tahun ini aku akan seorang. Ya Allah sungguhnya aku kena kuat :') .

    Selepas dia ungkapkan kata perpisahan, aku cuba kosongkan fikiran, mata hati dari berfikir soal dia. Sesungguhnya aku sangat mencuba! Apabila aku sudah mula redha dengan hakikat ini, dia mula datang balik . Dia cerita semua kat aku pasal hidup dia . Hari-hari text, call . Tapi untuk apa semua nih? Aku keliru. Apa dia nak lagi ? Aku bukan tiang. Aku punya perasaan. Aku kecewa sangat dengan kau. Tolonglah fikir apa yang dah kau buat , sudah cakap sebelum ini. Tolonglah bagi aku ruang untuk aku sendiri. Bukan senang nak tukar hati aku yang sudah lama dimiliki kau kepada seorang teman biasa! Tolonglah fahami aku. Jangan ganggu fikiran aku lagi. Aku merayu sangat ...

     Akhir kata untuk dia saya selalu doakan yang terbaik untuk awak . Kita serahkan jodoh di tangan Dia yang Maha Esa. Tiada guna kenangkan apa yang sudah lama tiada. Mulakan hidup baru, tanpa "kita" lagi. Saya doakan awak bahagia, saya juga doakan awak dapat keputusan yang cemerlang untuk last sem nanti. Nanti praktikal cuba buat yang terbaik . Jaga diri selalu  :)


                                                                                                                                                                                 Salam terakhir,
                                                                                                                                                                                             Anna