Blogger Layouts

Tuesday, February 4, 2014

Dua Kosong Satu Empat

Berjumpa lagi kita selepas lebih 1/2 tahun,
Sebelum terlewat, Selamat Tahun Baru Dua Kosong Satu Empat. 
Semoga tahun ini menjadi lebih bermakna buat kita semua dan diredhai olehNya. InshaAllah.

Dipermulaanya entry kali ini, 
Aku ingin mengucapkan selamat hari jadi untuk semua yang lahir pada bulan ni, February 2014. 
Dalam hati berdebar tak sabar tunggu seminggu je lagi untuk aku menambah usia. 
Macam dah tua pula rasa. Dua dua.

Baiklah sekarang tiba masanya kita teruskan pada tajuk entry,
Tajuk macam baik, dan tentunya semua yang baik . 
Tapi nak cerita pasal diri aku , tentulah hanya diri aku.
Sebenarnya tahun ni, tahun besar bagi aku kerana bermacam pelbagai jenis beranika benda yang kena buat .

Kenapa kena buat ? 
Kerana aku bukan budak sekolah lagi, tak lama lagi akan masuk alam dewasa pula. 
Kalau dulu mungkin waktu ini aku tengah kelas matematik atau mungkin bahasa melayu .
Pada sebelah petang pula mungkin sedang memerhati Kilat bermain bola sepak, mahupun bola baling.
Ke sekolah demi melihat Kilat yang pastinya tak pernah tahu aku selalu tengok dia dalam tiga tahun berturut.
Rindunya, macam rasa baru semalam tamat sekolah 2009. 

Banyak benda yang dah terjadi dan berlaku sepanjang aku ditinggalkan cinta pertama aku.
Bukan mudah nak lupakan dia dalam fikiran walau cuma sesaat. 
Tapi berkat usaha dan doa yang tak putus-putus Tuhan makbulkan aku dapat lupakan dia perlahan-lahan.
Tak boleh ingat balik bila mula-mula dulu.
Hanya yang terdekat mengetahui.
Sakit perih aku macam mana.
Sampai hari yang patut aku happy,tapi semua jadi tiada apa-apa. 
Sebab apa? 
Sebab aku jadi tiada hati langsung . Senyum , tapi dalaman hanya dia tahu.

Berharap tahun ini,
Tahun yang dapat selesaikan segalanya,
Segala hutang piutang boleh mula bayar,
Berharap kuat hati menempuh apa yang bakal terjadi,
Jika diizinkan dapat sambung belajar,
Mendapat pasangan yang betul hingga ke jannah,
Dan paling penting nak jadikan tahun ni lebih bahagia dan diredhai olehNya.

Kadang terdetik hati untuk memiliki sebuah keluarga sendiri,
Rumah sendiri, Suami yang memahami dan manjakan aku dengan kasih sayang,
Anak sendiri yang ditatang bagai minyak yang penuh,
Dan yang paling perlu untuk mendapatkan itu adalah kerjaya yang berjaya. 
Bukan mudah untuk itu,
Namun akan aku usahakan demi masa depan yang bewarna warni. 

Terasa macam panjang berjelar entry kali ini,
Mungkin banyak yang nak diceritakan,
Banyak tersurat dan tersirat disebaliknya,
Hanya aku mengetahui.

Sekian.

Anna 
Orang yang mempunyai seribu satu rahsia