Blogger Layouts

Sunday, March 18, 2012

Happy 3rd Anniversary sayangku.

     Assalammualaikum sayangku, Muhammad Haziq Bin Isnin. Harap2 b sudi baca blog bb. Entry kali ini bb buat untuk b. Just for u sayangku. Bb nak luahkan segalanya tentang yang tersurat dan tersirat dalam hati bb ny.

    Kita kenal tanggal 11 march 2009, hari rabu. Bb tak pernah lupa tarikh ini sampai bila-bila. Mintak maaf banyakII sebab marahkan b masa tuh. Bb ingat b tipu. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan bb. Terima kasih kat Shaid juga sebab kenalkan kita kan sayang. Tanpa dia, kita tak jadi macam sekarang. Bb bersyukur sangat sebab b lah lelaki yang hadir dalam hidup bb. Mula-mula kenal, bb rasa b seorang lelaki yang lain dari lain. Jujur dalam semua yang b cakap. B sayangkan kucing kat rumah b, b sanggup keluar malam semata-mata nk beli makanan dia. Oh my , baiknya b. B belanja bb topup rm5, malu rasanya sebab kita baru kenal b dan sanggup keluarkan duit untuk bb. Terharu bb taw. Dalam diam, bb mula rasa sayang kat b, sentiasa nak contact b, nak berbual dengan b. Rasa macam 24jam nak dengan b. Bb sebenarnya seorang yang malu, lagi-lagi dengan lelaki. Masa 1st date kita, tapi kita tak couple lagi pun sebenarnya, bb suka sangat cara b, caring sangat, tak sanggup tengok bb pitam, sebenarnya b salah faham, sebelum kenal b, bb tak suka nak cantik-cantik, apetah lagi nak bersolek, sebab tuh kita keluar pun bb just pakai bedak, lip balm pun tak pakai. Nampak macam tak bermaya je. Malunya bila ingat. Tapi sekarang, bb nak setiap kali keluar dengan b, bb kelihatan cantik, walaupun hanya pada pandangan mata b. B banyak ubah bb jadi yang lebih baik. Bb cuba berubah perlahan eh sayang. Bb janji la bb akan ubah sepenuhnya yang b minta. Apa jua demi kebaikan bb akan cuba lakukan, rela hati. Untuk hubungan ini. B pun ada 1 hajat untuk bb buat kan? ye bb ingat, bb akan buat juga suatu hari nanti, sabar eh sayang. Tunggu je.

          Semalam 17/3/2012 kita keluar setelah sebulan tak jumpa. Kita kena biasakan diri macam ni. Kita sama-sama tengah belajar, kejar cita-cita kita. Jadi kita pun tak banyak sangat masa untuk berdua. Lagipun duit pun asik terhad je. Masing-masing kena jimat kalau nak jumpa. Tak apalah, berkorban sikit untuk hubungan, tak salahkan sayang. Ny antara hadiah untuk b *walaupun tak sampai-sampai ke rumah. Tidur agaknya posman tuh. Sedih kot. Nasib lah bb ada sediakan hadiah lain selain hadiah tuh.

 Dari bb untuk b
             
Depannya....
Belakangnya..
Chomel tak bantal ini? Harap minggu ni sampai lah kat rumah... Tak sabar nak peluk. 

Ny hadiah selain dari bantal tuh. Suka tengok b pakai depan mata bb. Sesuai untuk b. Ny jam couple kita sayang. Walaupun replica,harap b pakai selalu taw. Jaga baik2 ye. 

Yang tadi dari bb, ny dari b pula

Jauh ok. Dari Port Dickson.  Terima kasih sayangku.

Terima kasih untuk segalanya. Happy 3rd Anniversary b! Semoga cinta kita kekal ke akhirnya dan diredhai Allah Taala. Amin. Kita sama2 jaga hubungan ini . Jaga diri baik-baik kat sana. Jangan mengatal :)

                                           I Love U So Much Forever !
                                                                  -Anna-

No comments:

Post a Comment